| Laman Utama | :: LAMAN UTAMA :: |
|
||
| Identiti |
SMKPS diterajui oleh Puan Poh Siew Boon. Beliau memulakan tugasnya sebagai pengetua pada bulan November 2003. SMKPS telah menerima khidmat tiga orang pengetua sebelum ini, dimulai oleh Tuan Che Ghazali Abd Razak (Dis 1992 - Dis 1994), Puan Khatijah Endut (Dis 1994 - Dis 1995) dan Puan Munah Hj Nasri (Dis 1995 - Okt 2003). Pada awal penubuhannya, SMKPS telah dilengkapi dengan 2 blok bangunan. Ia meliputi sebuah Pejabat Am, Pejabat Pengetua, Pejabat Penolong Kanan dan 9 bilik darjah, 3 makmal sains, sebuah makmal komputer, bilik kaunseling dan sebuah pusat sumber yang lebih dikenali dengan ‘Smart Center’. Pada 1998 sekolah telah menerima 3 bilik darjah tambahan menjadikan jumlah bilik darjah di sekolah ini sebanyak 12 buah. Selain itu terdapat juga sebuah kantin, bengkel, surau, rumah pekerja, padang yang berukuran 74 x 73 meter, gelanggang bola keranjang dan gelanggang badminton. SMK Perempuan mengadakan dua sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu sesi pagi (6.45am - 12.30 pm) bagi murid tingkatan 3 hingga 5 dan sesi petang (12.30pm - 5.50pm) bagi murid tingkatan 1 dan 2. Pada tahun ini, SMK Perempuan mempunyai 515 orang pelajar dan 40 orang tenaga pendidik, serta 6 orang kakitangan bukan mengajar. |
|||
| Kurikulum | ||||
| Ko-Kurikulum | ||||
| Hal Ehwal Murid | ||||
| Kelas | ||||
| Pencapaian Akademik | ||||
| Pencapaian Ko-Kurikulum | ||||
| Anugerah Diterima | ||||
| Staf Pentadbiran | ||||
| Staf Akademik | ||||
| Staf Sokongan | ||||
| Staf Berpindah | ||||
| Artikel | ||||
| Peristiwa | ||||
| Takwim | ||||
|
||||